About Me

My Photo
bergelar seorang isteri & mama adalah impian setiap wanita dan aku bahagia kerana kehidupan aku di anugerahkan oleh-Nya begitu indah & sempuran (bagi nilai seorang manusia). Semoga kebahagian ini akan kekal hingga ke akhir hayat..amin.

Wednesday, June 19, 2013

pengalaman kali ke-2

syukur Alhamdulillah....
sekali lagi pada tahun ini Allah kurniakan kami bakal zuriat yang kedua seperti yg dirancang... cuma terlajak sebulan pulak hihihi
rasa seronok sangat seperti mana masa mengandungkan Ridwan dulu...semoga kali ini juga diberikan segala kekuatan dan semangat...amin

sehingga hari ini kandungan telah berusia -+ 25minggu (Trimester kedua)... alhamdulillah semuanya berjalan lancar sahaja....apa pun pengalaman kali nie adalah sama seperti mana mengandungan Ridwan dulu...paling teruja sekali bila merasai saat2 gerakkan dan tendangan baby dalam perut...Ya Allah indah sungguh nikmat yang diberikan...terasa bertuahnya di jadikan sebagai seorang wanita oleh-Nya. Tiada lain yang ku doakan, semoga zuriat kami ini membesar dengan sihat dan baik.

Kali ini, kami terlalu excited sangat sampaikan tak sabar menunggu saat2 nak scan baby. Jadinya usia kandunga 2 bulan dah pergi tengok. Sabar je la kan...hihihi

Masa Ridwan dulu, cukup-cukup 3 bulan kami terus pergi scan di Klinik Ahmad Shah Seksyen 18. Doktor yang scan tu bagus juga la sebab dia explaint macam-macam (maklum la pengalaman pertama bagi kami)..detail sungguh dia bagitahu...namun kali ini kami pergi ke Klinik Ajwa Seksyen 15 (sebab bila google, ramai bagi feedback yang macam bagus je kan)...tapi maaf kata la, hanya sepatah dua kata je dia cakap..lepas tu DONE..!!! hampa betul..yang aku ingat dia cakap "ok, kandungan tak nampak apa lagi, hanya ada 1 sahaja"...gluppp.!!!  telan air liur rasanya...bagi aku tak frendly betul la... hemm, papa sampai tak puas hati, rasa nak pergi scan sekali lagi... tapi tak pe la sebab bagi aku cukup la sekadar dapat tahu baby betul-betul wujud dalam rahim ini dan dia sehat..amin..
Yang pasti esok (20 Jun 13) ada checkup scan di KK...insyaAllah kalau rajin nanti aku buat review..kalau tak rajin dan ke"busy"an melanda, review je la lepas deliver nanti..wahahaha

apa pun sebagai penutup, doa yang sama untuk Ridwan dulu, mama titipkan jua buatmu wahai anakku :

“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

ramai blogger2 yang copy & paste doa ini dalam blog memasing..so sesuatu yang baik itu tak salah untuk kita berkongsi sama kan...jom kita amalkan...


~pertama kali ibu mengandung pergi mengundi, (060513) WK19+-~


~ mama & Ridwan, sama2 pergi checkup..tgh tunggu giliran~

Thursday, April 18, 2013

Aktiviti HaRi SuKan ridwan

Alhamdulillah selesai sudah temasya hari sukan Taska Anjung Pelangi pada hari sabtu 13 April 2013  hari tu...lama dah tak jain hari sukan..terimbas kembali zaman2 sekolah dulu, terutama time zaman sekolah tadika kemas...tapi sebenarnya mamanye bkn la aktif sukan pun, hihihi...

Apa pun seronok sgt2 tgk anak2 bersukan...walaupun tak menang tapi bak kata Ridwan, dia "menang nagis"..hahaha

So, jom kita saksikan picture yg dapat mengambarkan betapa seronoknye suasana hr sukan tersebut..yoookkk...!!!

"peace yooo..!!! haaa peace ye...sonok sgt kan.kan.."


"senyuman dua heRO saya"


"haaa...time berkumpul nak berarak..tp dia nak berkepit je..cari mama n papa"


"haaa...tgk, time nie la mama n papa p menyorok..dia dah meraung nak mama papa..huhuhu"


"gaya dah ada...tp aishhh, nak gelak plk tgk gelagat si Ridwan nie.."


"haa..!! nie la acara yg dia nak main sebenarnye..main kat taman permainan kan..kan.."


"walaupun tak menang, dpt la hadiah saguhati..jd la kan...apa pun semuanye menyeronokkan.."


"taraaaa..!! salah satu hadiah yg ade dlm bag tu.."

...tak dapat nak mengambarkan, betapa seronoknya pada hari tu...seronok untuk anak2, seronok jugak pada ibu bapa...seronok sebab tgk telatah dan ragam anak2... alhamdulillah rasa tak rugi hantar Ridwan di TASKA ANJUNG PELANGI..terima kasih pada pengusaha Pn. Mai & cikgu2 yg menjaga dan mendidik anak saya..!!!

Thursday, April 11, 2013

Sesi aksi santai & pemain bola

tetiba plk nak update aksi anak bujang nie...rasanya dah lama tak update aksinye...
dekat2 nak menghampiri 3Y nie, nanti mesti rindu plk saat2 Ridwan kecik2 kan....hemmm...


tetiba duduk tertib plk..sopannyeee....

wahhh...nie aksi gaya pemain bola plk ye..huhuhuhu

apa pun, keletah anak2 nie selalunya akan buat kita seronok dan blh hilangkan stress...syukur ada ANUGERAH ALLAH ini..!!!

Temasya Sukan Taska Anjung Pelangiku SU3

salammmm.....
saje nak update pasal taska lagi yer..
tak abis2 cerita pasal taska, haaa tu bagi ibu bapa yg ade anak mmg ceritanya tak de lain la pon kan ..hihih

alhamdulillah..setelah 3 bln Ridwan dekat Taska Anjung Pelangiku nie, keserasian jelas ternyata ~ayat mkn dlm kan..hihihi~
syukur sgt sbb dia rasa apy, kita sebagai ibu bapa nie lg la apy kalau anak seronok tinggal di taska kan...

terkini, kami dpt surat jemputan hari sukan taska/tadika... mama n papa yg excited plk kan...


Acara yg Ridwan masuk seperti yg cikgu bagitau, lumba lari & pertandingan makan buah tembikai acara rebut kasut rupanye. Rasanya part makan buah tembikai tu yg mcm tak sure la plk, sbb dia buka jenis makan buah tembikai...hihihi.
apa2 pun, selamat bertemasya suka ye Ridwan...mama n papa doakan Ridwan boleh jadi juara..tapi kalau tak menang pun, dapat seronok jadi la... GOOD LUCK syg..!!

Tuesday, February 19, 2013

Taska vs babysitter vs pembantu rumah

kenapa aku buat tajuk nie..?

1st : sebab tadi tetiba dpt panggilan drpd seorg ibu nie bertanya tentang taska yg pernah aku hantar ridwan satu ketika dulu ...aku pun terus frendly je jawab sampai lupa nak tanya nama dia bagai..kalau dia baca blk blog aku nie..hope tuk jd kawan blh la call or sms semula ya..tq sbb sudi baca blog yg tak selalu aktif nie... maklum la, aku mmg tak akan ada masa tuk update cerita2 kehidupan terkini aku.. kadang2 je.. :) ...mls nak fikir negative, so aku anggap tu tindakan seorang ibu prihatin je. Usaha dia tuk cari no HP aku dan sebagainya.

2nd : sebelum nie, kwn aku pun de mengeluh pasal taska and BS. susah nak cari yang betul2 sesuai utk anak kita. YUP..!! yg nie mmg aku setuju. kdg2 aku rasa dah mcm kajian je bila tukar2 taska Ridwan, tapi yg pasti aku nak yg terbaik untuk dia. Nak dia rasa seronok duduk di taska sepanjang aku tinggalkan dia utk bekerja (sedih plk ayat ini).

3rd : Baru2 nie kes yg pembantu rumah indonesia lambung anak di Kuantan tu. Ya Allah, demi Allah bergegar jantung aku walaupun buka anak sendiri. Ridwan yg 3thn tu pun punya takut la tgk berita yg tersiar tu. (ref news : http://mynewshub.my/2013/02/17/video-klip-pembantu-rumah-indon-lambung-anak-di-kuantan/)

Secara umum aku pun tak nak mengabikan mana2 taska yang pernah aku hantar anak aku. Sesungguhnya sebagai ibu bapa kita pasti nak yg terbaik utk anak2 kita. Jadi tak salah utk kita mencari sesuatu yg terbaik. Setiap ibu bapa mempuyai pelbagai alasan dan faktor kenapa dia memilih taska begitu dan begini. Bagi aku sendiri pengisian selama 12jam (masa 8 jam bekerja & perjalanan pergi balik + jammed la dan sebagainya) sepanjang anak tinggal di taska, apa aktiviti, apa yang dia buat ditaska?? tak kan makan, mandi, main dan tido sahaja. Sekurang2nya ada jadual yg related dgn kehidupan kanak2 sepanjang pembesaran dia. Sebagai contoh sebelum makan perlu baca doa (sebagai ibu bapa, YES kita pasti akan mengajar anak kita amalan itu juga. Tapi kesinambungannya adalah di taska). Lepas makan pula, mesti diabiskan dgn doa juga. Satu hari aku dan hubby smp awal di taska, lebih kurang pukul 5.45pm - 6.00pm mcm tu tiba2 kedegaran anak2 taska termasuk anak kita beramai2 baca doa. Rasa seronok je mcm tu, kita plk rasa nak tggu dulu smp doa abis dibaca.

Tidak semua taska akan buat mcm tu. Dan tidak semua taska mempunyai cikgu terlatih mcm tu juga. Jadi pemilihan itu perlu bagi aku.

mengikut rekod, aku telah menghantar Ridwan ke :

1) Taska Titian Kasih (30 Julai 2012 - 28 September 2012)
2) Pusat jagaan kanak2 dan Taska Nurs (1 Okt 2012 - 28 Dec 2012)
3) Taska Anjung Pelangiku (2 Januari 2013 - insyaAllah smp kini blog di update)

Sebagai rumusan, bagi aku pengisian untuk anak2 perlu sangat untuk menjaga emosi mereka. Kalau dah keluar perkataan "TAK NAK PERGI SEKOLAH", kita perlu siasat sebabnya. Setidak2nya kita halfday atau cuti tapi hantar anak ke taska. Jadi, intai2 la ape aktiviti pengasuh dengan anak2 asuhan mereka. Ini cara aku dan hubby la...mugkin bagi org lain keterlaluan dan cerewet tapi itu salah satu cara selain kita bertanya sendiri pada pengasuh atau pemilik taska.

Keduanya, attitude pengasuh juga penting. Sebelum daftar anak, kita dah bagitau awal2 dah yg kita nie selalu keluar pergi keje awal sebelum matahari terbit, tapi bila dah mula hantar, hari2 pula nak kena call mereka. Takkan la pukul 6.00am - 6.30am tak bagun lagi. Sempat ke nak mandi, nak solat dan sebaginya bila anak2 pengasuh dah datang.

Ketiga, kebanyakan taska kini bukan semua pemilik taska adalah pengasuh. Dan pengasuh diambil dikalangan remaja lepasan SPM, yg kadang2 tak ada pengalaman pun tentang menjaga bayi dan anak2 kecil nie. Walaupun dari awal pengusaha taska kata yg mereka ada hantar pengasuh mereka pergi krusus dan sebagainya, tapi bila minta sijil dan bukti terus diam tak terkata..paling tidak kata AKAN HANTAR KRUSUS sahaja. Dari pengalaman, pengasuh taska tu sendiri buka mulut dan mengaku yg x pernah menghadiri krusus dan sebagainya. So, apa lagi angkat kaki la ya....

Pengalaman bertukar2 taska nie semua semasa duduk di Saujana Utama nie je. Pengalaman hidup berdikari sendiri la katakan. Sesungguhnya ikhlas aku katakan semua nie mengajar pengalaman yg begitu bermakna. Sebelum Ridwan duduk di taska SU, dia pernah duduk di Taska Anggerik Seksyen 18 Shah Alam. Di Taska Anggerik alhamdulillah bagus, sampai hari ini still contact dengan pemilik dan pengasuh taska. Walaupun masa tu Ridwan dalam usia 8 - 9 bulan tapi dia masih ingat "mak Nik" smp skrng...see betapa rapatnya pengasuh dgn anak asuhan. Semua tu kenangan.

Pengalaman aku lebih kepada menghantar anak ke TASKA. Aku tak pernah berniat (sehingga hari ini la, insyaAllah) utk mengambil pembantu rumah sebab aku susah nak percaya org luar. Kalau ikutkan, mak ayah aku dan hubby bukan duduk berjauh dgn kami jika mahu hantar anak kepada mereka, tapi sebagai merasakan bahawa ini adalah tanggungjawab kami (nie bagi pendapat kami sendiri..maaf kalau ada yg terasa), jadi aku tak mahu berterusan mengharapkan mak ayah utk menjaga anak kami. Lagi pun utk jangka masa yg panjang anak2 perlu duduk di taska sebab bila sudah mula memasuki alam persekolahan mereka tidak kekoh utk duduk di taska sebagai transit.

Selama ini semua luahan ini aku simpan sahaja. Lama utk berfikir dan sukar nak cerita sebab perlu menjaga hati byk pihak. Sekali lagi, aku mohom maaf jika ada sesiap tersinggung dgn luahan ini. Tidak berniat utk menyinggung mana2 pihak pun. Yang baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan.


Thursday, November 8, 2012

Teman pengganti - Malique ft black

Ketawa bersama…
menangis bersama…
ku bersumpah harap kita mati pun bersama…

sejak dua menjak ini… makin kerap ku diganggu visi… bila celik juga bila mimpi… aku Nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi… dia membelaimu dengan izin dan permisi… sentuhan katanya semuanya kau iakan… sentuhan jari kau diamkan dan biarkan… aku redha walau tidak ku damba… walau hampa semuanya dah dijangka…

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta… kenangan dibina kita indah belaka… ketawa bersama menangis bersama…. Namun hakikatnya bukan mudah… aku sembunyikan gulana gundah…. Segalanya kan berubah… dengarkan apa yang ku mahu luah…

Rahsia ini telah lama aku pendamkan… tiba masanya segala-galanya ku ceritakan… aku kan pergi… pergiku tak akan kembali… tiba masanya kau cari teman pengganti…

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias… kita tak terlepas dari terkena tempias…. Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias… tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas… hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks… dalam disleksia cuba kekal dalam konteks… bila dunia seolah tak memahami… kau sudi selami, dalami dan mengalami…

Setia mendengar, sentiasa hadir… ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir… tiba pagi syawal kaulah yang terawal… syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal… 70 ribu hijab harus ku singkap… ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap…

Dalam diam ada seorang ku puja… kau teristimewa tapi dia yang sempurna…

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan… dalam persekitaran yang penuh dengan kejumudan… terperangkap dalam jasad, ku keliru… mujur ada kau si peneutralisasi pilu… namun aku tetap murung, berkurung… tubuh makin susut menunggu tarikh luput… komplikasi di halaman rusuk kiri, makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri…

Lagu ini yang terakhir aku sajikan… kalau rindu nanti boleh kau nyanyikan… jaga diri jangan makan hati… yang patahkan tumbuh, yang hilang kan berganti…. Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi… cincin, kunci dompet dalam laci… ada sikit wang itu saja baki… moga-moga cukup untuk majlis itu nanti.

Aku kan pergi…bertemu kekasih abadi… tiba masanya kau cari teman pengganti…

~badminton~

serius aku tak suka bersukan (*sbb tu la badan gemOk mcm di pam2) pls ignore..hahaha

ape pun kisahnya...skrng nie kami sekeluarga (*ehh cehhh sekeluarga) mabok main badminton....semuanya gara2 papa...main badminton (follow kelab rekreasi company la nie)...alhamdulillah, dua kali main dan menang...syukur sgt..yg paling best bkn dpt hadiah je tp dpt voucher JJ lg...ape tak sukanye (mama la tu paling suka kan..huhuhu)

~cik boy bergu dgn ridwan~

~abg am + paklong syami + ridwan~
gayanya tak mengalah....aksi mcm jaguh je kan...
suka tgk dia...
nanti kalau dah besar hope leh main badminton mcm Dato LCW k sayang...


~apa pun tahniah untuk papa sebab menang dua kali tahun nie~
p/s : maju la sukan untuk negara ^_^