About Me

My Photo
bergelar seorang isteri & mama adalah impian setiap wanita dan aku bahagia kerana kehidupan aku di anugerahkan oleh-Nya begitu indah & sempuran (bagi nilai seorang manusia). Semoga kebahagian ini akan kekal hingga ke akhir hayat..amin.

Thursday, March 31, 2011

~bayi & sakit mata~

haa...ni nak kongsi sedikit pasal sakit mata pada baby kita...bila kita mengalami sesuatu keadaan tu baru kita paham mengapa, kenapa n bagaimana nak menaganinya bukan..?...tu situasi aku la tu..hihihi...ceritanya baru2 nie ridwan mcm kena skt mata (aku agak la je)...sbb bila bangu tido je penuh tahi mata dia..kena la lap dgn tuala basah..dah dua tiga menjak la jd mcm nie..bila jumpa doc dia kata tak de apa2, sbb panas sahaja...so tak de ubat tuk di berikan..(baby mmg x sesuai bg ubat sahaja sbb time nie la nak tgk antibodi dia kuat atau tidak tuk melawan penyakit)...so jgn berlegah lagi...aku just cari la pape info tuk aku pahami & pelajari tuk bekalan masa depan..cehh wah..so mari kita baca artikal nie yg aku import dr blog lain (http://fifapg9.blogspot.com/2009/07/anak-sakit-mata.html) pinjam erk...tq :)


JIKA renung bahagian putih mata bayi anda, anda boleh melihat beberapa salur darah yang halus. Jika satu daripada salur darah halus itu pecah, anda akan lihat darah pada mata putih.

Keadaan itu dipanggil pendarahan subkonjunktiva yang biasanya berlaku ketika kelahiran.

Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana ia tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan. Pendarahan tidak menjejaskan mata dan kesan darah biasanya hilang perlahan-lahan dalam tempoh dua minggu.

Cara menjaganya juga mudah. Yang anda perlu lakukan hanya membersihkan keliling mata bayi dengan kain lembut. Jangan gunakan sabun kerana ia memedihkan mata si kecil.

Mata bayi sangat sensitif dan antara masalah kerap berlaku ialah duktus (salur) air mata tersumbat dan konjunktivitis (sakit mata).

Duktus air mata tersumbat
Air mata membersih dan melembapkan mata. Ia dihasilkan di dalam kelenjar lakrimal di bawah tulang pada kening. Cecair daripada kelenjar lakrimal masuk ke dalam mata melalui duktus kecil sepanjang kelopak mata.

Air mata keluar melalui dua bukaan kecil di hujung dalam kelopak mata itu, kemudian memasuki saluran lebih besar dari mata ke dalam hidung yang dipanggil duktus nasolakrimal.

Pada sesetengah bayi, bukaan ke dalam duktus nasolakrimal tidak terbentuk sempurna. Ini menyebabkan saluran tersekat dan air mata tidak boleh keluar. Saluran duktus yang tersumbat boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua belah mata, sepanjang masa atau sekejap saja.

Mempunyai salur air mata tersumbat bukan bermakna bayi anda tiada air mata. Apabila salur air mata tersumbat, air mata tidak boleh keluar seperti biasa. Jadi air mata itu berkumpul dan membanjiri mata.

Gejala

Oleh kerana bayi tidak menghasilkan air mata sehingga berumur beberapa minggu, masalah saluran air mata tersumbat kadangkala sukar dikesan ketika dilahirkan. Antara gejala paling biasa berlaku ialah:

* Air mata bergenang atau berkumpul pada hujung mata
* Air mata membasahi bulu mata dan pipi walaupun bayi tidak menangis
* Kehadiran mukus atau bahan kekuningan pada mata
* Kulit menjadi merah akibat digosok

Masalah itu lebih nyata hanya apabila bayi menangis atau dalam cuaca sejuk dan berangin, iaitu apabila penghasilan air mata dirangsang. Gejala duktus air mata tersumbat mungkin menyerupai masalah perubatan lain. Rujuk kepada doktor untuk kepastian.
Pengesanan dan rawatan
Masalah duktus air mata tersumbat biasanya dikesan berdasarkan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal ke atas bayi. Ujian tambahan mungkin tidak diperlukan. Rawatan biasa ialah mengurut perlahan-lahan duktus nasolakrimal dua atau tiga kali sehari.

Doktor anda akan menunjukkan cara melakukannya. Jika ada tanda jangkitan, doktor mungkin memberi antibiotik khusus untuk mata.

Namun, hampir semua masalah duktus air mata tersumbat sembuh sendiri apabila anak anda berusia setahun. Jika masalah itu berlarutan selepas bayi berumur setahun, bukaan duktus boleh dibesarkan menggunakan prob kecil iaitu alat halus mudah lentur untuk memeriksa lubang atau saluran.
Kaedah itu sangat berkesan (90 hingga 95 berjaya hanya dengan sekali rawatan). Namun ada kalanya ia perlu diulang kerana masalah salur air mata tersumbat boleh berlaku semula.

Sangat jarang kanak-kanak memerlukan pembedahan untuk membetulkan duktus air mata yang tersumbat. Hanya apabila kaedah itu tidak berjaya baru langkah pembedahan diambil.

Konjunktivitis

Ia juga dipanggil mata merah disebabkan keradangan konjunktiva mata. Konjunktiva ialah membran atau selaput nipis yang menyelaputi lapisan dalam mata dan menutup mata sebenar.
Konjunktivitis boleh disebabkan jangkitan bakteria, virus, pendedahan terhadap bahan kimia (biasanya berlaku pada bayi baru lahir selepas penggunaan ubat pada mata bagi mencegah masalah lain) dan alahan.

Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu konjunktivitis bayi dan konjunktivitis kanak-kanak yang berbeza punca dan rawatannya.

Konjuktivitis pada bayi
* Konjunktivitis bahan kimia - Ini adalah keradangan pada mata disebabkan penggunaan cecair titis mata yang diberi pada bayi untuk mencegah jangkitan bakteria. Kadangkala bayi bertindak balas pada cecair itu dan mengalami sakit mata. Mata bayi menjadi merah dan radang berlaku beberapa jam selepas cecair mata diberi. Ia boleh berlarutan selama 24 hingga 36 jam dan biasanya tidak memerlukan rawatan.

* Konjunktivitis gonokokal - Disebabkan bakteria Neisseria gonorrhea. Bayi mendapat jangkitan itu ketika lahir (daripada ibu yang dijangkiti). Jenis konjunktivitis itu boleh dicegah dengan menggunakan cecair titis mata sebaik bayi lahir.
Mata bayi biasanya menjadi sangat merah dan bengkak pada kelopak mata. Gejala bermula dua hingga empat hari selepas lahir. Bayi diberi antibiotik secara intravenus (disuntik ke dalam salur darah).

* Konjunktivitis Chlamydia - Ia disebabkan bakteria Chlamydia trachomatis. Gejalanya termasuk mata merah, bengkak pada konjunktiva dan kelopak mata yang biasanya berlaku lima hingga 12 hari selepas lahir. Bayi akan diberi antibiotik (makan).

* Punca bakteria lain - Selepas seminggu dilahirkan, bakteria lain juga boleh menyebabkan konjunktivitis. Mata menjadi merah dan bengkak serta duktus air mata tersekat. Rawatan bergantung kepada punca jangkitan tetapi biasanya bayi diberi antibiotik titis, balsam mata atau tuam pada mata.

Konjunktivitis kanak-kanak
Konjunktiva membengkak dan berlaku jangkitan. Ini adalah masalah biasa pada kanak-kanak. Malah, ia biasa berlaku pada kanak-kanak sekolah atau yang dihantar ke pusat jagaan harian. Ini disebabkan jangkitan bakteria, virus, alahan dan herpes.
Antara gejala boleh dialami kanak-kanak ialah:
* Mata gatal dan berasa rengsa
* Mata berair (biasanya disebabkan alahan atau jangkitan virus)
* Bersin dan hidung berair (disebabkan alahan)
* Tahi mata yang cair (disebabkan alahan)
* Tahi mata yang melekit berwarna kehijauan (disebabkan jangkitan bakteria)
* Lesi dan keruping pada kelopak mata (disebabkan jangkitan herpes)
* Kelopak mata melekat dan sukar dibuka pada waktu pagi
* Kelopak mata bengkak
* Mata menjadi merah
* Mata terasa sakit dan sensitif terhadap cahaya

Pengesanan dan rawatan

Biasanya masalah itu dikesan berdasarkan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal pada mata. Sampel cecair mata biasanya tidak diperlukan, tetapi ia mungkin diambil bagi menguji punca jangkitan.

Doktor akan menentukan rawatan sesuai untuk setiap pesakit berdasarkan umur, tahap kesihatan keseluruhan dan sejarah perubatannya.
Doktor juga akan menilai tahap masalah dan sama ada anak anda alah terhadap ubat, prosedur atau terapi tertentu.

Rawatan khas bergantung kepada punca konjunktivitis anak anda. Jika disebabkan bakteria, doktor akan memberi antibiotik titis.

Jika disebabkan virus, ia tidak perlukan rawatan. Bagaimanapun, doktor mungkin memberi antibiotik titis untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan seterusnya.

Andainya ia disebabkan alahan, rawatan biasanya tertumpu untuk mengurangkan kesan alahan. Anak anda mungkin diberi ubat titis atau ubat makan.

Kanak-kanak yang alami konjunktivitis akibat herpes akan dirujuk kepada pakar mata.
Anak anda akan diberi ubat oral dan titis. Ini adalah jangkitan lebih serius dan boleh menyebabkan parut pada mata dan kehilangan penglihatan.
Jangkitan boleh melarat dari satu mata ke sebelah lagi atau kepada orang lain melalui sentuhan pada mata yang dijangkiti.

Justeru, anda perlu mencuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas memberi ubat atau membersihkan mata anak. Cecair mata itu sangat berjangkit dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas rawatan dimulakan.

P/S : selamat membaca, semoga info ini berguna buat semua. MATA anugerah yg terindah :)

No comments:

Post a Comment